Sepasang Kekasih Tanam Bayi Hidup Hidup Sorok Aib




Sepasang Kekasih Tanam Bayi Hidup Hidup Sorok Aib|Seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui mati dibalut dalam kain sarung dan ditanam di kawasan semak di kampung Geduhom Dangi petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldino Zaludin berkata, bayi itu ditemui setelah ditunjukkan oleh suspek yang juga dipercayai bapa kepada bayi berkenaan.

Katanya, siasatan awal polis, mendapati, “Seorang remaja perempuan berusia 25 tahun telah melahirkan bayi itu tanpa diketahui sesiapa dan cuba menyembunyikan kelahirannya pada 10 Januari lalu di sebuah rumah di Nilai..

“Bagaimanpun, rahsianya terbongkar dan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Pilah telah melakukan serbuan di sebuah rumah di kampung Geduhom Dangi.

“Polis berjaya menahan dua lelaki dan seorang perempuan dipercayai sepasang kekasih,Mengenai bayi masih dalam siasatan lanjut sama ada bayi itu di tanam hidup hidup ataupun sudah meninggal dibunuh sebelum di tanam katanya”

Update terkini dari tv 3


Tags: #Sepasang Kekasih Tanam Bayi Hidup Hidup Sorok Aib #tanam bayi
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment