Hanya Kerana MENYUSUN PINGGAN Selepas Makan Di Kedai, Lihat Apa Yang Berlaku…


Hanya Kerana MENYUSUN PINGGAN Selepas Makan Di Kedai, Lihat Apa Yang Berlaku… | Tahukah anda, Nabi Muhammad SAW mengajar kita tentang erti berhikmah dalam berdakwah. Biarpun kita berdakwah tidak secara lisan, namun melalui akhlak kita pun Allah SWT boleh mencampakkan hidayah kepada sesiapa. Kisah ini merupakan tentang sekumpulan jemaah yang sering bertandang ke kedai berkenaan. Atas faktor akhlak mereka, iaitu suka menyusun pinggan selepas makan gerak-geri mereka telah diperhatikan oleh seseorang.



Guruku berpesan, selepas makan di restoran, bersihkan meja dan susun pinggan. Kata beliau, “Tuan kedai sudah bantu kita sediakan makanan, jadi kita mudahkan pula dia dengan menyusun pinggan.”

Ketahuilah, amalan kecil ini telah menjadi asbab seorang hamba Allah memeluk Islam di Kota Kinabalu.

Ketika kami singgah di sebuah restoran, seperti biasa team As-Syahadah menyusun pinggan selepas makan. Pihak tuan dan pekerja restoran hanya memerhati dari jauh.



Sebulan selepas itu, kami datang lagi ke restoran tersebut. Tuan restoran datang memberitahu saya, “Ustaz, bulan sudah ada seorang pekerja restoran ini masuk Islam, setelah melihat kumpulan ustaz buat begini.” Katanya sambil menunjuk ke arah pinggan yang disusun.

Saya tanya kembali, “Di mana dia?

Jawab tuan restoran, “Tidak tahu, sebaik memeluk Islam, dia berhenti kerja. Nombor telefon pun tiada.”

Kita doakan agar saudara kita itu kekal dalam iman. Amin.

Nota Editor : Artikel ini merupakan perkongsian daripada Tuan Mohd Fadli Yusof tentang hikmah membina akhlak yang baik. Jazakallah. via NICEDORA.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment