PERHATIAN Warga Johor ! Berita GEMPAR Baru Diterima, 14 Ekor Buaya TERLEPAS ! Mohon SEBARKAN !





Johor Bahru: Sejak seminggu lalu, 32 nelayan di kawasan pantai Skudai di sini, tidak berani turun ke laut berikutan sering terserempak dengan kelibat buaya yang didakwa terlepas dari sebuah kolam peliharaan reptilia terbabit di Keranji, Singapura.

Walaupun pernah terserempak buaya di sepanjang sungai Skudai di sini, sebelum ini namun kejadian kali ini lebih membimbangkan kerana jumlah buaya yang didakwa terlepas mencecah 14 ekor.

Nelayan, Raja Khairul Azman Raja Hiados, 33, berkata, dia terserempak dengan buaya 22 Februari lalu ketika reptilia itu berjemur di tepi pantai.

“Ia bersaiz besar dan saya maklumkan penemuan terbabit kepada persatuan nelayan. Nelayan lain kemudiannya turut menceritakan pengalaman sama malah reptilia terbabit turut melanggar bot selain mengganggu jaring juga jala yang kami pasang,” katanya ketika ditemui.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan Mohd Zin Mohd Nor berkata, pada 24 Februari lalu, pihaknya menerima maklumat seekor buaya sepanjang kira-kira lima meter melibas tiang jeti Kompleks Jabatan Perikanan Johor di Tampoi.

“Ketika itu, anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor berada di atas jeti dan mereka terkejut apabila jeti bergegar. Pemeriksaan menemui buaya terbabit sedang melibas tiang jeti berkenaan.

“Kami yang menerima aduan daripada PPM kemudiannya memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri,” katanya ketika ditemui di jeti Kompleks Jabatan Perikanan Johor di Tampoi di sini, semalam.

Mohd Zin berkata, pendapatan nelayan di situ terjejas kerana bimbang ditimpa kejadian tidak diingini akibat kehadiran buaya terbabit.

“Buaya boleh dilihat timbul ketika cuaca sangat panas, waktu senja serta ketika air surut. Kesemua buaya terbabit dipercayai masuk ke Selat Johor melalui sungai Keranji ketika air pasang besar akhir Januari lalu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan PERHILITAN negeri mengesahkan ada menerima aduan berhubung kehadiran buaya di kawasan berkenaan.

“Siasatan dan pemantauan lanjut di kawasan berkenaan mendapati kawasan aduan itu adalah habitat sedia ada bagi spesies buaya, namun mengikut rekod aduan jabatan, ini aduan pertama yang diterima berkaitan kehadiran buaya di kawasan berkenaan.

“Kami tidak dapat mengesahkan kehadiran buaya di kawasan ini boleh dikaitkan dengan reptilia yang terlepas di Singapura seperti yang didakwa memandangkan tiada aduan rasmi diterima daripada mana-mana pihak berkenaan,” katanya.

Sebagai langkah berhati-hati, PERHILITAN akan memasang papan tanda amaran kehadiran buaya di lokasi berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.


“Kami akan memantau situasi ini dari semasa ke semasa,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment