'Ingatkan Datang Nak Marah, Rupanya Dia...'




Breastfeeding anak di tempat awam di negara luar adalah perkara yang normal. Tiada sebarang persepsi buruk terhadap para ibu yang berbuat demikian. Malah ramai yang faham dan tidak memberikan pandangan yang 'slack' pada mereka.

Berkongsikan pengalaman di media sosial, Briar Lusia Mcqueen, berasal dari New Zealand, berasa terharu dengan tindakan seorang wanita warga emas yang tidak disangka-sangkakan.

"Saya ingin berkongsi moment yang sangat indah yang saya lalui pagi ini. Hari ini merupakan kali pertama saya keluar bersarapan dengan bayi lelaki saya yang baru saja berusia 8 minggu.

"Baru saja hidangan dan hot chocolate tiba di meja, Jaxon sudah mula menangis mahu menyusu. Jadi, saya terpaksa menyusukannya terlebih dahulu.

"Beberapa minit kemudian, datang seorang wanita warga emas menghampiri saya. Saya takut, saya ingatkan dia nak suruh saya berhenti menyusukan si kecil ini. Namun dia mula memotong sarapan untuk saya makan dan berkata,
"Baiknya ibu seperti awak. Takkan nak biarkan makanan awak sejuk, kan?"
Sejujurnya saya mahu menangis. Inilah wanita yang paling baik sekali!" katanya.

Status Briar itu mendapat 11,883 perkongsian di Facebook. Rata-ratanya memuji wanita warga emas terbabit yang sudi menyuapkan makanan kepada si ibu yang sedang menyusukan anaknya.

Bagi yang mempertikaikan mengapa si ibu menyusukan anaknya di tempat awam, fahamilah bahawa masing-masing mempunyai masalah sendiri yang kita mungkin tidak fahami atau tidak tahu. Jadi, usah terlalu cepat menilai orang lain.

Hanya para ibu yang melaluinya sahaja faham keadaan seperti ini. - PIXEL MEDIA
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment