Seorang ibu bersama anaknya berusia enam bulan maut manakala suaminya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas ngeri di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku pukul 9.50 pagi, kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh dari cerun setinggi 20 meter ketika motosikal yang ditunggang suaminya terbabas dan melanggar tembok di kiri jalan berkenaan. Berikutan kejadian, isteri dan anak mangsa telah terpelanting dan jatuh ke cerun bukit berhampiran sebuah kawasan flat di situ.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika ditemui tengah hari tadi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

Blogger Comment
Facebook Comment